Monday 25 March 2013

ALFATIHAH...

 +Dipetik dari laman web www.umk.edu.my+

SUASANA sedih dan hiba menyelubungi keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan sebaik sahaja jenazah
Allahyarham Nur Hamira Baharum, 24, pelajar tahun dua Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang meninggal dunia akibat kemalangan, tiba kira-kira jam 7.35 malam, di kediaman keluarganya di di Kampung Tanjung Che Mas, Tumpat, Kelantan, pada 15 Mac 2013. Dua buah van jenazah milik Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) yang membawa jenazah tiba sejurus selepas dibedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, Pahang. Allahyarham Nur Hamira yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer di kimometer 17 Jalan Lipis-Merapoh, jam 12.30 malam, pada 14 Mac 2013.
Kejadian itu turut mengorbankan ibu Allahyarham iaitu Hasnah Che Hussin, 66 dan anak saudara iaitu Nik Emily Nik Ahmad Zakuan, berusia setahun.
Manakala pemandu kereta terbabit, Nik Ahmad Zakuan Nik Annuar, 34, (abang ipar) dan Nik Eryna, 4, (anak saudara Allahyarham) cedera parah dan masih dirawat di hospital di Temerloh.
Turut hadir, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UMK, Saudara Mohd Amerul bin Mohamad serta rakan-rakan sekuliah, yang menyampaikan sumbangan derma kilat daripada rakan pelajar kepada keluarga Allahyarham Nur Hamira.
Sementara itu, bapa Allahyarham, En. Baharum Abu Bakar, 70, berkata kejadian tersebut diketahui keluarganya selepas dimaklumkan oleh adiknya, Aisah Abu Bakar pada kira-kira pukul 4.30 pagi. "Berita kemalangan yang mengorbankan keluarganya itu dimaklumkan oleh pihak polis selepas beberapa jam kejadian itu berlaku," katanya. Baharum

No comments:

Post a Comment