Sunday 2 June 2013

Berita Hangit ( last post )

assalamualaikum...
 kepada yang rajin view blog aku ni,ehem blog aku yang takde ape2 ni... thanks la sangat2..
aku sebenarnya tak suke tgk blog org,haha! gile kejam ayat aku ni.. tapi siyes wei... aku mmg tak suke ambik tao pasal org,aku jujur ni..
sebab tu aku tak pernah kenal orang,tapi yg femes2 tu aku kenal laaaa..
so bile ade yg view blog aku ni
aku cam terharu la
padahal aku tak view blog dorang...

paling aku tak sangka ade gak 'orang yg aku tak kenal' view blog aku,tu biase la kan... masalah nye siap tggalkan message kat chat box tu bagitao my post is cool.. wooowww!!!
thanks so much babe!
i dont know u actually..
but i really appreciate ur comment about my posts.. ( i dont know which post actually)

i just want to tell to uollssss.. (nampak tak tetibe cakap omputih)
hehe...
aku dah tak nak active blog ni dah...
blog ni aku just buat utk weblog aku jeeeeee...
blog asal aku korang boleh view http://rajanurshuhadah.blogspot.com/senyumanyanghilang (inshaa ALLAH la kalau korang cari nnti korang jumpe gak,hehe)
tu blog pertama dan selama lamanya, inshaa ALLAH..

cuma semenjak aku active blog yg ini,aku lupakan seketika blog tu... aku tak rajin nak menaip ni.. melainkan kalau takde keje...

so,kalau pasni takde dah blog ni,harap korang kat sane tu paham k...
tapi jangan khuatir ye teman2...
aku akan PINDAHKAN semua post aku ni kat blog aku yg lagi satu tu...
inshaa ALLAH.. :)

cukuplah berita hangit ni dari aku... mungkin ni last post aku utk blog ni..
thanks utk encik sanusi sebab ajar aku macam2 cara nak buat blog yg awesome macam blog aku ni !!!!

selamat pagi
thanks for reading
sorry..
wassalam..

Monday 20 May 2013

hal yang perlu dijaga oleh wanita



Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.

Kaki
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.

Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

Pakaian yang nipis dan jarang
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


Tangan  
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.

Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.

Mulut (suara)  
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.


Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.

Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.





Thursday 2 May 2013

kenapa masuk rumah kena bagi salam??

kenapa ISLAM mengajar kita doa dan budaya memberi salam ketika masuk ke dalam rumah..

kerana adanya syaitan yang menanti kita di sekitar kawasan rumah....

nama syaitan2 tu adalah:

 Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.

Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.


Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

 Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. ketika hendak masuk rumah atau pejabat berilah salam, membaca Bismillah sebanyak 3 kali dan Doa.

Wednesday 24 April 2013

Kebaikan mandi sebelum subuh




ASSALAMUALAIKUM.

DISINI SAYA KONGSIKAN SEDIKIT KHASIAT MANDI SEBELUM SUBUH. HARAP2 BERMANFAAT.

SUMBER:INTERNET

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH
______________________________

via :
Himpunan Kedai Online

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

orang-orang yang aku sayang

assalamualaikum.
ha.. ni orang2 yang aku sayang.
tapi tak semua aku masukkan dalam blog ni
yang mane sempat je aku masukkan.
ok jom berkenalan. jom!!

ok yang gambar first ni,my family. besar tak???
yes! adik beradik aku ada 15 orang. 7 lelaki 8 perempuan. tapi salah seorang darinya dah meninggal dunia,excident. alfatihah untuk arwah Raja Mohd Yunus.
alhamdulillah. kami bahagia,inshaa ALLAH.
paling menyedihkan,abah turut meninggalkan kami 5 bulan yang lepas. iaitu pada tanggal 16 November 2012. waktu tu keesokkan harinya aku kena balik UMK sebab cuti midsem dah abis.
dengan hati yang tabah aku pulang ke UMK dengan senyuman terukir dibibir tapi tidak dihati. :)


ok yang ni pulak kawan2 aku kat kampung. dulu satu sekolah. rapat sangat kami ni. alhamdulillah ALLAH ketemukan kami. dan alhamdulillah sampai sekarang kami masih bersama. :)

wuuuuu...

 ok. yang ni roomates aku! dorang ni memang gempak ah! alhamdulillah dari Johor ke Selangor singgah Perak dan akhirnya Pulau Pinang,alhamdulillah ALLAH ketemukan kami.
semoga kita semua dapat harungi kehidupan dengan tabah tanpa sengketa. sama2 kita jaga hubungan 'kekeluargaan' ini dan persahabatan ini,inshaa ALLAH. AAMIIN..

Allah "menjawab" kita dalam solat



assalamualaikum.. ramai orang yang tak ambil peduli mengenai nya.  tapi untukumat Islam yang sujud kepadanya perlu ambil tahu bahawasanya dengan membaca surah alfatihah sebenarnya adalah interaksi antara kita dengan ALLAH s.w.t. jadi mari sama-sama hayati apa disebalik bacaan alfatihah kita didalam solat harian. 
wassalam.


 *sumber dari facebook*

Pada saat kita membaca surah Al-Fatihah sewaktu kita Shalat,
banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Shalatnya. Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, Allah menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman :

"Aku membagi Shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku".

Artinya, tiga ayat diatas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah

Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin".
Allah menjawab :"Hamba-Ku telah memuji-Ku".


Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra him" , Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengaagungkan-Ku".

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin" , Allah menjawab :"Hamba-Ku memuja-Ku"

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in” ,
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” ,

Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”

(H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.
Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin"

dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat'pun sedang
mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barang siapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan
para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-nya.”. (H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas).