INFO UMK

Universiti Malaysia Kelantan (singkatan: UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.
Kampus utama UMK pada masa ini terletak di Pengkalan Chepa, manakala kampus tetapnya terletak di Bachok dan Jeli.
Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.
Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai naib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.
Menjelang tahun 2015, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu menampung seramai 15,000 pelajar.

Fakulti

  • Fakulti Industri Asas Tani
  • Fakulti Sains Bumi
  • Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
  • Fakulti Perubatan Veterinar



 UMK Kampus Kota,Pengkalan Chepa






 UMK Kampus Bachok




 UMK Kampus Jeli





No comments:

Post a Comment