Sunday 31 March 2013

imbasan ketika UMK banjir

assalamualaikum...

masih ingatkah memori UMK banjir suatu ketika dahulu??
hehe..
dengar kata dari senior, UMK mmg sentiasa banjir setiap hujung tahun bulan Disember.
benarkah??
apepun, jarang dengar universiti kat negara ni pernah banjir. tapi UMK pernah,haha.

apabila banjir,kelas pun banyak batal (yeahhh)
apabila banjir nak cari makan pun susah (hmmm)
apabila banjir,air yg kat luar tu, masyaAllah !!
apabila banjir surut... yeah! takde dah kena redah air yang erkkk..
harap2 selepas ni dgn pengalaman yg ada ni dapat membantu aku n rakan2 utk membiasakan diri dgn situasi banjir ni,heee.
k thanks for reading!
 kawasan asrama perempuan,awal2 nak banjir...
 view dari bilik aku,blok7 aras 2 no 10
 pelajar tetap keluar/pergi kelas walau banjir mulai menampakkan dirinya...
 kopitiam !!
 keluar cari makan.. lapar dowh!
 sebenarnya aku tangkap gambo org berkayak tu,tapi jauh beno,so tak berapa nampak..
 jangan angkat tinggi2 sangat seluar tu cik abg oi..
UMK banjir...

gambaran dunia seperti wanita tua


Usia Dunia kini Bagai Orang Tua Bongkok Tiga..
Ya Allah, ampunkan dosa hamba Mu ini Ya Rabb


Seterusnya Allah Taala menampakkan pula gambaran umur dunia yang kita kenal sebagai perhiasan, disimbolikkan berupa seorang wanita tua yang memakai segala macam perhiasan. Jibrail menjelaskan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa ia adalah lambang baki umur dunia yang diibaratkan sebagai baki umur seorang wanita yang telah tua, tetapi masih lagi hendak berhias dengan pelbagai hiasan.


Semasa peristiwa Israk, Allah telah mengambarkan keadaan umur dunia sudah terlalu tua, ertinya telah hampir sangat akan kiamat. Sejak Israk hingga kini usia dunia ini telah berlalu selam 15 abad ( 1,500 tahun ). Cuba kita bayangkan seseorang yang tua yang hidup 1,500 tahun yang lalu yang telah pun bongkok tiga (berumur kira-kira 1,500 tahun ) , jika ia hidup hingga zaman ini, bagaimanakah keadaannya? Kalau 1,500 tahun lalu ia telah terlalu tua sudah bongkok tiga, sekarang sudah berapa kali lipat ganda bongkoknya.

Namun manusia yang hidup di penghujung usia dunia ini masih lagi tidak merasakan dunia ini telah tua. Gambaran usia dunia yang digambarkan kepada Nabi itu sebagai peringatan kepada kita umatnya agar sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi saat fana dan tidak terus lalai dengan kesibukan dunia yang tidak pernah ada penghujungnya.

Ambillah iktibar daripada tamsil orang tua yang Allah gambarkan kepada Nabi Muhamad SAW. Orang tua yang menghiasi diri dengan pelbagai barang kemas, mengambarkan sifat penghuni dunia yang hidup ketika zaman dunia diambang hampir kiamat ini yang merasakan dirinya masih muda dan usia hayatnya masih panjang. Mereka merasakan bagai gadis sunti yang masih inginkan perhiasan diri. Itulah sindiran Allah kepada umat Nabi Muhamad yang hidup pada akhir zaman ini. Tetapi kita tetap lupa dan mengabaikan sindiran pengajaran daripada kisah Israk ini.

Sifat lalai manusia dengan urusan dunia telah menjadi sifat manusia sepertimana yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 14 :

Pengajaran daripada peristiwa ini kita memperolehi kesimpulan bahawa segala sesuatu di dunia ini sifatnya sementara dan tidak menyakinkan, tetapi urusan akhirat adalah menyakinkan. Kemudian kita hendaklah melihat nilai kenikmatan di dunia itu mengikut ukuran Allah, bukan menurut ukuran dan nilaian kita.

Ukuran nikmat dunia mengikut ukuran Allah adalah terbatas dan sementara, sedangkan kenikmatan yang akan diperolehi di akhirat nanti menurut ukuran Allah Taala tidak terbatas. Di dunia ini segalanya terbatas, di akhirat batasan tiada lagi



 

cristiano ronaldo dan islam ??

assalamualaikum...

sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia terutama berita sukan pasti tahu akan hal ini. saya sendiri secara jujurnya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai hal ini. tapi sangat2 tertarik untuk berbicara atau berkongsi bersama rakan2 mengenainya.

saya sendiri tak berapa pasti agama CR ni,tapi mungkin dia Kristian. kalau dulu saya sangat benci padanya disebabkan dia kelihatan terlalu bongkak. yelah,orang hebat,setiap hari dikelilingi media massa utk mengetahui segala gerak gerinya. dia juga dikatakan seperti 'pengganti' kepada David Beckham.
kalau dulu,lihatnya saja pada akhbar rasa mahu dipijak2 saja mukanya. menyampah! tak tahu kenapa sampai begitu sekali perasaan saya saat itu.
sehingga lah dia dikatakan mengupah seorang perempuan untuk melahirkan anaknya melalui suatu kaedah yg tak manis pulak orang yg semuda aku ni nak sebut,hehe.

selepas itu,berita mengenainya kian reda. dan saya sendiri tidak ambil peduli lagi mengenainya.

namun kini,dia kembali membuat kejutan apabila dikatakan mula berjinak2 untuk convert ke islam !! pelbagai bukti dikemukan pihak media mengenainya.
paling mengejutkan tentunya berita mengenainya yang tidak mahu bertukar jersi dgn pemain dari Israel dlm perlawanan kelayakan Piala Dunia.
hal ini tentu menggembirakan umat islam khususnya kerana ternyata CR sendiri tanpa takut menyatakan pendiriannya di hadapan peminat bola dan dunia umumnya.

ini adalah gambar yang jelas menunjukkan pemain Israel(tidak berbaju) telah bersedia utk bertukar jersi dgn CR tapi dgn keegoannya CR berlalu pergi...

syabas CR! itu yg keluar dari mulut saya tatkala mengetahui hal ini. kalau dulu saya kutuk dia tapi kini perkataan SYABAS yg keluar dari mulut saya. menakjubkan !

bukti yg lainnya pula adalah...
gambar2 ini...

 saksikan apa yg terlilit pada leher CR dan org disekelilingnya. jelas lagi nyata!! alhamdulillah !!

yee.. ini lagi satu bukti. jelas,dalam setiap gambar ada ceritanya!!

mungkin peminatnya tidak menyokong tindakan nya yg dikatakan menyokong islam atau palestin. tetapi maklumat yg saya dapat bukan dia sahaja yg menyokong palestin tetapi Real Madrid sendiri!!

paling mengharukan adalah saat mengetahui bahawasanya CR sangat suka dan turut berasa tenteram disaat rakan pasukannya Ozil (saya tak hafal nama penuhnya) membaca AlQuran sebelum perlawanan dimulakan. CR turut percaya setiap kemenangan yang mereka peroleh pada setiap perlawanan kerana Ozil membaca AlQuran. Wallahualam..

apepun,kita tidak tahu niat sebenar CR terhadap Islam mahupun Palestin. sekiranya benar dia sudah mencintai Islam pasti dia sudah convert. tapi sebagai umat islam kita harus mendoakan semoga ALLAH S.W.T membuka pintu hatinya untuk bersama2 kita sujud padaNya. inshaa ALLAH,aamiinnn.. :)


Friday 29 March 2013

hadis nabi Muhammad S.A.W

*Dipetik dari www.facebook.com/himpunan hadis




Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua biji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT “…. mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak …”(al-Baqarah:273)

(Muslim)



 Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”

Ibn Mas’ud r.a


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya”. Riwayat Abu Daud



Wednesday 27 March 2013

pageview 1000 ??? how could ?

assalamualaikum..
 seperti diketahui,blog ni bukan blog utama aku. actually aku ada satu blog lagi. blog ni just untuk weblog punya subject je yg aku register untuk sem due ni.

tetapi...!!

nak arrange blog ni lagi fayah dari blog aku yg utama tu.
yeLahhh..
blog ni kena ikot spesifikasi yg ditetapkan oleh encik sanusi (lecturer)
kalau tak menepati apa dia mintak, maka dgn itu markah akan berkurang or takde langsung!!

first cabaran dalam buat blog ni, aku punya laptop tak boleh mendownload!
hal ini kerana, aku dulu pernah TERdownload IDM yg trial punye. pastu aku tak buy IDM yg beno punye so, ape2 yang aku nak download kena buy dulu IDM beno. what the fish la.

masalahnya, encik sanusi suruh kami (pelajar weblog) download borang dari blog die (bukan satu ye borang nye) pastu tulis segala maklumat dalam borang tu guna adobe reader VI !!!
aku nak download benda alah tu tak boleh fulak! aihhh.
nasib baik aku ada roomate yg penyayang,diorang penat2 tulis kat adobe tu, pastu bagi kat aku.
baik kan???

then, keduanya... dgn blog ni aku kena capai piawaian 1000 viewers! how?? how?? really lost on that time when i heard encik sanusi announce it to us !!

kalau nak tao,blog aku yg utama tu punnn aku tak lebih lagi 300 viewers ni kan blog ni !! haiya..
aku ni bukan rajin nak nulis2 dalam blog ni,tapi disebabkan markah itu penting, maka aku kena merajinkan diri cari input2 yg best,so manusia2 kat luar sana akan tertarik nak view or at least tumpang lalu kat blog aku ni,hehe.

i need to promote this blog to others supaya viewres bertambah !!
acane kak long nak buat ni?? malu kot nak promote blog sendiri,hihi.

takpelah,bukan selalu ye dak?? nanti akan ku usahakan demi blog kak long ni,inshaa ALLAH.

wasalam
thank you ALLAH
adios!!

Monday 25 March 2013

ALFATIHAH...

 +Dipetik dari laman web www.umk.edu.my+

SUASANA sedih dan hiba menyelubungi keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan sebaik sahaja jenazah
Allahyarham Nur Hamira Baharum, 24, pelajar tahun dua Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang meninggal dunia akibat kemalangan, tiba kira-kira jam 7.35 malam, di kediaman keluarganya di di Kampung Tanjung Che Mas, Tumpat, Kelantan, pada 15 Mac 2013. Dua buah van jenazah milik Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) yang membawa jenazah tiba sejurus selepas dibedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, Pahang. Allahyarham Nur Hamira yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer di kimometer 17 Jalan Lipis-Merapoh, jam 12.30 malam, pada 14 Mac 2013.
Kejadian itu turut mengorbankan ibu Allahyarham iaitu Hasnah Che Hussin, 66 dan anak saudara iaitu Nik Emily Nik Ahmad Zakuan, berusia setahun.
Manakala pemandu kereta terbabit, Nik Ahmad Zakuan Nik Annuar, 34, (abang ipar) dan Nik Eryna, 4, (anak saudara Allahyarham) cedera parah dan masih dirawat di hospital di Temerloh.
Turut hadir, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UMK, Saudara Mohd Amerul bin Mohamad serta rakan-rakan sekuliah, yang menyampaikan sumbangan derma kilat daripada rakan pelajar kepada keluarga Allahyarham Nur Hamira.
Sementara itu, bapa Allahyarham, En. Baharum Abu Bakar, 70, berkata kejadian tersebut diketahui keluarganya selepas dimaklumkan oleh adiknya, Aisah Abu Bakar pada kira-kira pukul 4.30 pagi. "Berita kemalangan yang mengorbankan keluarganya itu dimaklumkan oleh pihak polis selepas beberapa jam kejadian itu berlaku," katanya. Baharum

malaysia vs palestin

 jangan lupa saksikan perlawanan antara dua negara yang masing2 mempunyai kekuatan yang tersendiri !!! 
perlawanan akan diadakan seperti berikut :
   
26 mac 2013
  
hari selasa
  
stadium darul makmur
  
8.45 malam waktu malaysia
  
live astro arena 801

apek tak cucuk botox k !!


 + berita ini didapati daripada www.ohbulan.com +


Susulan laporan yang dikeluar oleh pihak kami pagi tadi, ini ada update terbaru mengenai pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra disapa sebagi Apex, di mana selebriti sukan ini telah menafikan dakwaan yang kononnya dia telah membuat suntikan di bahagian muka demi mendapatkan wajah yang cantik.
Menurut Apex, wajahnya semakin berseri-seri kerana kehidupannya semakin bahagia bersama isteri tercinta, tambahan pula kini dirinya dilantik sebagai duta untuk produk jenama Brand’s.
Sebagai atlet saya bukan saja perlu menjaga kesihatan. Malah, saya juga perlu menjaga penampilan memandangkan saya juga adalah duta untuk beberapa produk.
Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
Bercakap mengenai wajah saya, saya rasa selesa sekarang ini dengan menjadi duta produk Brand’s. Saya rasa ia adalah kesan daripada penggunaan produk Brand’s – ujar Apex menerusi portal hiburan Murai.com
Mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut, Apex turut menganggap semua dakwaan yang dilemparkan keatasnya adalah sekadar gosip biasa dan menolak dakwaan yang kononnya dirinya berubah disebabakan Leuniey.
Saya tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh wujud. Namun, saya anggap ia sama seperti gosip yang telah dilemparkan terhadap saya seperti sebelum saya berkahwin lagi. Saya tidak marah tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pula ke arah untuk cucuk muka.
Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung.
 

Tuesday 12 March 2013

LAHAD DATU

15 pengganas Sulu ditembak di Kg. Tanduo 1 Mac lalu

LAHAD DATU 12 Mac - Pasukan keselamatan percaya 15 anggota penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo 1 Mac lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sehubungan itu polis akan memeriksa semula kawasan kubur yang ditemui di kampung itu pada 6 Mac, yang turut menyaksikan polis menemui 12 mayat penceroboh.
"Sebelum ini kami jumpa sembilan mayat di dalam sebuah kubur dan berdasarkan maklumat baru itu, kami percaya terdapat kubur lain di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar pagi ini.
Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan mengeluarkan mayat-mayat di dalam kubur itu kerana ia telah mereput.
Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mengeluarkan satu lagi mayat dari Kampung Tanjung Batu semalam, menjadikan 23 jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan setakat ini.
"Saya juga sahkan satu daripada 23 mayat itu ialah seorang jeneral dikenali sebagai Musa yang mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu," katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan dalam tempoh 24 jam lepas.
"Tumpuan Operasi Daulat yang masuk hari kelapan hari ini ialah Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai agar membantu pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat untuk membanteras kumpulan pengganas militan yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lepas.
Sejak insiden pencerobohan pengganas itu, lima anggota polis cedera manakala lapan lagi terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA