Tuesday 9 April 2013

HALAL dan HARAM




ASSALAMUALAIKUM..
sekadar perkongsian bersama. maklumat ini saya copy paste dari fb.
harap bermanfaat. :)


Seorang lelaki bertanya kepada sheikh " Wahai sheikh, aku telah lama berkahwin dan mempunyai anak2 tapi semenjak beberapa tahun ini, aku merasakan aku tidak lagi tertarik kepada isteriku"

Sheikh mula bertanya "Adakah isterimu telah gemuk"
Lelaki : Tidak, dia kelihatan sama seperti dulu

Sheikh: Adakah dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cacat?
Lelaki: Tidak, dia kelihatan sama seperti dulu

Maka sheikh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai kesukaran melabuhkan pandangan mu kepada wanita2 yang berjalan di hadapanmu? Adakah kamu meminati pornography?

Lelaki : Ya, bagaimana sheikh tahu perkara tersebut?

Sheikh: Bila kamu terlibat dengan perkara HARAM, suka kepada yang haram, tidur, makan dan bernafas kepada perkara yang haram..maka yang HALAL akan menjadi perkara jijik bagimu

No comments:

Post a Comment